Wednesday, April 30, 2008

Bahasa Jiwa Bangsa?????? ape2 jelah...

Maafkan aku andaikata title yg aku cuba nukilkan ini menimbulkan rase tidak puas hati dikalangan pembaca....pembaca2 yg mungkin nasionalis iaitu seorang yg ada kecintaan dan kebangaan yg tinggi terhadap negara...sesorang yg berase bahawasanya negara dia lebih baik dari mana2 negara yg wujud di muka bumi Allah SWT ini.apa2 sahaja yg dari negara mereka ialah yg terbaik termasuk juga bahasa kebangsaan meraka..lebih kurang itulah pengertian nasionalis yg aku bace dlm buku2 n nk tepat dlm oxford dictionary...

sebenarnya aku agak tertarik dgn isu yg berbangkit di Malaysia berkaitan bahasa ini... setahun lebih gk aku perhati.........tak kisahlah samada isu pembelajaran ataupun isu2 semasa2 misalnya isu remaja yg menggunakan MenGlish (melayu+english) dlm pergaulan...penggunaan tatabahasa yg tidak tepat dsb..

aku cuba nk kaitkan title aku ni dgn cara hidup,cara bercakap,cara bersosial rakyat Russia dimana tempat aku menuntut ilmu sekarang....aku terpaksa 'respect' la kepada mereka....respect pun setelah aku lihat cara mereka dan pada masa yg sama aku cuba bandingkan dengan Malaysia dari segi bahasa terutamanya....patutla bahasa rusia tinggi kedudukannya dlm ranking 10 bahasa paling popular di dunia.xsilap aku nO 5 .tetapi yg lebih kagum aku ialah bahasa rusia ni...bahasa dikatakan antara yg paling susah di dunia ini...setanding dengan bahasa german,arab dan french..ini aku baca dari jurnal mana ntah,lama gk laa rse2 nya sebelum aku sambung belajar ke rusia lg ...tp inilah kenyataannya..

mana tidaknya...banyak sgt aku lihat dari segi kepimpinan meraka..merujuk kepada presiden Vladimir Putin...yg baru2 ini diberi title Man of The Year oleh majalah Time.....serta cara rakyat rusia ini 'dibesarkan'...cara mereka 'didedahkan' tentang sesuatu perkara...cara mereka 'reflex' atau melatah..dan banyak lg laaa..so inilah sedikit sebanyak yg aku lihat dlm masyarakat mereka.

  • pertama sekali sampai kat airport rusia yakni kat imigresen dan kastam laaa...diorang tanya dlm bahasa rusia...nasib badan laa kalau seseorng itu xtau ckp dlm bahasa rusia..bahasa isyarat laa jawabnya andai disoal....(ada kes terpencil org imigresen sini ckp english )
  • kalau tengok english movies kat tv rusia...perlu diingatkan xade subtitle dlm bahasa rusia kat bawah...yg mereka amalkan ialah translate terus bahasa english tu...maknanya korang boleh sja lihat michael scofield(prison break),sylar(heroes) cakap dlm bahasa rusia...kelakar abes aku dgr...macam xpadan lak suara yg keluar dan pergerakan mulut pelakon2..
  • orang kat kawasan aku belajar ni pun...kebanyakkannya xreti english..nk pergi pasar beli sayur ckp english...kirim salam laaa..xlepas laa bro...nak xnak kena gk ckp bahasa rusia...
  • berbeza dgn situasi kat malaysia yg aku kira mostly akan respect kat mat n minah saleh yg ada (xtau laa nape ngn org malaysia sesetengah nie).kita akan greet 'hello' ,'hye' .sini lain ,org rusia nak kami yg respect mereka lebih sebagai 'tuan rumah' atau 'host' tempat kami belajar..xade nye korang nak dengar masyarakat rusia sini nak 'greet' dengan senyuman macam kat malaysia...terbalik..korang laa kena senyum sebagai org luar...xnak aku nasihatkan xpayah laa pandang muka diorang lama2 dengan persoalan kat kepala yg asyik memikirkan 'kenape diorang camni?'...itulah budaya diorang...ada baik korang greet laa mereka dengan menggunakan bahasa mereka...at least diorang akan 'suka' lg2 kalau org rusia tu tau ko fasih berbicara dlm bahasa mereka...
  • nak 'goreng' cikgu kat sini bagi good impression yg baik kat diri ko..bertuturlah dlm bahasa rusia dengan lancar....silap2 haribulan...ko xpayah ambil exam...sebab cikgu tu dh suka kat ko dan bagi ko lepas exam tu dengan full credit/mark.kat sini boleh je macam tu..
  • kalau tgk kat tv...kebanyakkan menteri2 rusia ni akan ckp dlm bahasa rusia...xkira laa menteri itu dlm majlis atau convention apa sekalipun...kalau semua org ckp english..lihatlah dan dengarlah pemimpin dari rusia pasti akan bertutur dalam bahasa ibunda mereka.
itulah sedikit sebanyak yg aku nak kongsikan...berbezakan dari Malaysia?berbezakan dari segi kepimpinan mereka?mereka xperlukan 'senjata' pun nk mendaulatkan bangsa dan bahasa mereka..cuma dari segi 'character' mereka yg membuatkan kami dan foreigners yg lain respect kat mereka...xperlu ak-47...xperlu missile v2...xperlu jet 'sukhoi'...xperlu juga keris atau senjata2 lain yg mampu mengegarkan jiwa bangsa lain...

aku juga xcadangkan untuk kita terikut2 dengan character mereka yg sememangnya kasar dan kadangkala xbersopan ...cuma sesetengahnya mmg kita xmampu nafikan bahwa inilah antara sebab yg membuatkan bahasa rusia popular..susah tp popular...lupa juga aku nyatakan bahawa kat kebanyakkan tempat kat dunia ni...xsusah kalo nak cari kelas belajar bahasa rusia...kat malaysia ada..kat libya pon ade...merata2 la senang cerita..bahasa melayu? senang je kalo nk diikutkan...kelas bahasa melayu untuk foreigners kat singapura pon belum tentu ada...(kalo ada maaflaa..tp aku xrse ada)

aku sendiri tatabahasa pon terabur,ejaan pasti ada salah,MenGlish lagi....aku pun turut sama me'rojak'kan bahasa ibunda aku kesimpulannya...Bahasa Jiwa Bangsa....apakah aku faham pengertian itu????

4 comments:

RAWNA said...

hmm
respek btol..
kalo aku kat cni..org indo respek dgn org m'sia sbb terer b.i
aku tak tau la bnde tu mmg ptt dibangga atau malu sbb kita dikenal krn terer bhs org lain..bkn bhs sndiri
tp aku rs salah satu penyebab mgkn krn rakyat m'sia yg byk kaum
nak tak nak kene ada 1 bhs penghubung dan pastinya bhs itu adalah b.i..
atau mungkin krn polisi gov yg mahu rakyat jelata mampu ke luar dgn menguasai bhs lain..
mslhnya rakyat kite ni bile dah boleh ckp b.i tu trus bangga nak mampos..trus segan nak ckp b.m..huhu
kalo kat indo ni mmg bagus la.. org luar mesti terer ckp indo.. mcm pemain bola import diorg.. cnfirm ckp indo..takde nya ckp b.i..
aneh2..mcm2..
eh..terpnjg plak komen aku..
hahahah

Mohafiz MH, M.D. said...

aku bagi contoh la kes KA cakap tu..coach bola kelantan skang,peter butler,cakap indon.haha

Bahasa russia no.5 eh?peh!kagum..kena mantapkan ruski ni..

sebenarnya kita cakap ni lah bahasa kita.baku pun melayu,tak baku pun melayu juga.

ck irah said...

hoho..mantap..!susah x bhs rusia??

abg_syazwan said...

sememangnya bahasa russia ini susah lg complicated.. heheh