Wednesday, April 30, 2008

Bahasa Jiwa Bangsa?????? ape2 jelah...

Maafkan aku andaikata title yg aku cuba nukilkan ini menimbulkan rase tidak puas hati dikalangan pembaca....pembaca2 yg mungkin nasionalis iaitu seorang yg ada kecintaan dan kebangaan yg tinggi terhadap negara...sesorang yg berase bahawasanya negara dia lebih baik dari mana2 negara yg wujud di muka bumi Allah SWT ini.apa2 sahaja yg dari negara mereka ialah yg terbaik termasuk juga bahasa kebangsaan meraka..lebih kurang itulah pengertian nasionalis yg aku bace dlm buku2 n nk tepat dlm oxford dictionary...

sebenarnya aku agak tertarik dgn isu yg berbangkit di Malaysia berkaitan bahasa ini... setahun lebih gk aku perhati.........tak kisahlah samada isu pembelajaran ataupun isu2 semasa2 misalnya isu remaja yg menggunakan MenGlish (melayu+english) dlm pergaulan...penggunaan tatabahasa yg tidak tepat dsb..

aku cuba nk kaitkan title aku ni dgn cara hidup,cara bercakap,cara bersosial rakyat Russia dimana tempat aku menuntut ilmu sekarang....aku terpaksa 'respect' la kepada mereka....respect pun setelah aku lihat cara mereka dan pada masa yg sama aku cuba bandingkan dengan Malaysia dari segi bahasa terutamanya....patutla bahasa rusia tinggi kedudukannya dlm ranking 10 bahasa paling popular di dunia.xsilap aku nO 5 .tetapi yg lebih kagum aku ialah bahasa rusia ni...bahasa dikatakan antara yg paling susah di dunia ini...setanding dengan bahasa german,arab dan french..ini aku baca dari jurnal mana ntah,lama gk laa rse2 nya sebelum aku sambung belajar ke rusia lg ...tp inilah kenyataannya..

mana tidaknya...banyak sgt aku lihat dari segi kepimpinan meraka..merujuk kepada presiden Vladimir Putin...yg baru2 ini diberi title Man of The Year oleh majalah Time.....serta cara rakyat rusia ini 'dibesarkan'...cara mereka 'didedahkan' tentang sesuatu perkara...cara mereka 'reflex' atau melatah..dan banyak lg laaa..so inilah sedikit sebanyak yg aku lihat dlm masyarakat mereka.

  • pertama sekali sampai kat airport rusia yakni kat imigresen dan kastam laaa...diorang tanya dlm bahasa rusia...nasib badan laa kalau seseorng itu xtau ckp dlm bahasa rusia..bahasa isyarat laa jawabnya andai disoal....(ada kes terpencil org imigresen sini ckp english )
  • kalau tengok english movies kat tv rusia...perlu diingatkan xade subtitle dlm bahasa rusia kat bawah...yg mereka amalkan ialah translate terus bahasa english tu...maknanya korang boleh sja lihat michael scofield(prison break),sylar(heroes) cakap dlm bahasa rusia...kelakar abes aku dgr...macam xpadan lak suara yg keluar dan pergerakan mulut pelakon2..
  • orang kat kawasan aku belajar ni pun...kebanyakkannya xreti english..nk pergi pasar beli sayur ckp english...kirim salam laaa..xlepas laa bro...nak xnak kena gk ckp bahasa rusia...
  • berbeza dgn situasi kat malaysia yg aku kira mostly akan respect kat mat n minah saleh yg ada (xtau laa nape ngn org malaysia sesetengah nie).kita akan greet 'hello' ,'hye' .sini lain ,org rusia nak kami yg respect mereka lebih sebagai 'tuan rumah' atau 'host' tempat kami belajar..xade nye korang nak dengar masyarakat rusia sini nak 'greet' dengan senyuman macam kat malaysia...terbalik..korang laa kena senyum sebagai org luar...xnak aku nasihatkan xpayah laa pandang muka diorang lama2 dengan persoalan kat kepala yg asyik memikirkan 'kenape diorang camni?'...itulah budaya diorang...ada baik korang greet laa mereka dengan menggunakan bahasa mereka...at least diorang akan 'suka' lg2 kalau org rusia tu tau ko fasih berbicara dlm bahasa mereka...
  • nak 'goreng' cikgu kat sini bagi good impression yg baik kat diri ko..bertuturlah dlm bahasa rusia dengan lancar....silap2 haribulan...ko xpayah ambil exam...sebab cikgu tu dh suka kat ko dan bagi ko lepas exam tu dengan full credit/mark.kat sini boleh je macam tu..
  • kalau tgk kat tv...kebanyakkan menteri2 rusia ni akan ckp dlm bahasa rusia...xkira laa menteri itu dlm majlis atau convention apa sekalipun...kalau semua org ckp english..lihatlah dan dengarlah pemimpin dari rusia pasti akan bertutur dalam bahasa ibunda mereka.
itulah sedikit sebanyak yg aku nak kongsikan...berbezakan dari Malaysia?berbezakan dari segi kepimpinan mereka?mereka xperlukan 'senjata' pun nk mendaulatkan bangsa dan bahasa mereka..cuma dari segi 'character' mereka yg membuatkan kami dan foreigners yg lain respect kat mereka...xperlu ak-47...xperlu missile v2...xperlu jet 'sukhoi'...xperlu juga keris atau senjata2 lain yg mampu mengegarkan jiwa bangsa lain...

aku juga xcadangkan untuk kita terikut2 dengan character mereka yg sememangnya kasar dan kadangkala xbersopan ...cuma sesetengahnya mmg kita xmampu nafikan bahwa inilah antara sebab yg membuatkan bahasa rusia popular..susah tp popular...lupa juga aku nyatakan bahawa kat kebanyakkan tempat kat dunia ni...xsusah kalo nak cari kelas belajar bahasa rusia...kat malaysia ada..kat libya pon ade...merata2 la senang cerita..bahasa melayu? senang je kalo nk diikutkan...kelas bahasa melayu untuk foreigners kat singapura pon belum tentu ada...(kalo ada maaflaa..tp aku xrse ada)

aku sendiri tatabahasa pon terabur,ejaan pasti ada salah,MenGlish lagi....aku pun turut sama me'rojak'kan bahasa ibunda aku kesimpulannya...Bahasa Jiwa Bangsa....apakah aku faham pengertian itu????

Wednesday, April 23, 2008

aku...bola ragbi dan awek...

Terkejut gak semalam lepas seorang sahabat lamaku bagi sedikit komen dlm blog aku..bukan laa comment..lebih kepada nk 'buzz' aku dan memberi sedikit semangat untuk menulis blog..terima kasih sahabat!!!

dlm komen yang ringkas itu pun dia sempat mengingatkan aku tentang 'memori' yang aku kira antara yang paling seronok dan mencabar pernah aku libatkan diri yakni RAGBI...ini memang sekolah punya cerita...tp cerita ini mmg seronok kalau teringat atau jadi tajuk bualan kat meja restaurant mamak kat rumah aku...lagi2 kalau sembang dengan member yang ex-ruggers atau yang masih  'berkarier' ruggers..

Gila...mmg gila kalau fikir2 balik..apa yang seronok dalam 'game' ini pun aku xtau laa ..
tapi diawal pembabitan aku dalam ragbi ni pun sebab kebetulan..masuk2 SMSAH@jenan aku terjumpa laa cikgu ragbi. cuma time itu aku xtau pon siapa dia(yeke dia cikgu ragbi tuh?)?pengurus laa  kalau nk lihat dari segi cara dan gayanya...
melanjutkan pelajaran di Scotland atas tiket untuk menjadi cikgu english, aku sedar cikgu ragbi ini bukan sebarang orang...bukan calang2 orang...mmg jenan ini hulu juga kalau nak dibandingkan dengan SBP yang lain..acapkali jenan@SMSAH disalah sebut atau disalah tulis dengan SEMESAH,SEMSAH,SMSSAH..ini aku nampak bila aku menyertai acara2 peringkat SBP seluruh  malaysia...mmg laa nyata org ramai xkenal sangat sekolah aku...hahah..tapi cikgu2nya aku kira bagus dan gempak juga kelulusan mereka.tapi berbalik kepada cikgu ragbi ini..dia berada dalam 'class' dia tersendiri...3tahun pertama sejak mula main ragbi..dialah pengurus..pengurus yg penuh kontroversi lagi panas baran..org tanya aku ok x dengan dia? suka xdie sebagai seorang pengurus?
..jawapannya ialah x..sebab ape?aku xtau laa..serius aku xtau..pelik tapi benar..
mungkin juga aku teringat akan 'legacy'nya ketika membawa sekolah aku beraksi dlm ragbi xkira laa peringkat kebangsaan,zon utara,negeri mahupun daerah.. tq sir...

gabungan pemain2(time aku skolah lagi ) yang pemalas lagi telinga kuali...ditambah pula dengan trainer yang mmg sempoi dan cool  serta pengurus yang panas baran menjadikan ruggers zaman aku ini bagus juga aku kira...bukan johan kebangsaan tapi kalau nak masuk mana2 club kat malaysia untuk main ragbi aku kira at least xsusah nk dapt dan mampu 'sangkut' dengan club2 ini. dan mmg aku dgr2 ada saje budak2 jenan yang main untuk club yang high reputations atau negeri bagi merebut piala agong..tahniah kepada kalian semua..

untuk aku kat rusia ini..aku dah kena lupakn sebenarnya ragbi nii..ketiadaan padang yang 'easy access' mcm kat malaysia...membuatkan aku 'bersara' dari game ini lebih awal dari yang aku jangkakan...

kalau nak diikutkan dari segi 'tatacara' ragbi nii... dulu mmg ramai geng2 aku time skolah join...
mana xnye....bila ade game saja ..satu skolah tengok.time game laa nk tunjuk sape kuat,sape lemah.dlm ramai2 penyokong itu mestilah ada pelajar2 perempuan..jadi niat aku serta 'beberapa' kawan aku x seikhlas mana sgt pon bila awal2 join ragbi...
lebih kepada nk popular,mencapub,nak macho dsb......mungkin masih berfikiran separa matang lagi..adik2 form1 lagi laa katakan...

aku skiplaa sket..lompat ke form3..selepas 2thn  bertunggang langgang,luka sana sini,pecah bibir ,bergaduh  mcm kepala samseng....akhirnya aku survived,pemain yg xseramai dulu ni masih mampu..masih lg bermain..ramai juga yg tarik diri atas alasan takut injured(lawak gk ni),family xbagi main...n macam2 lagilaa..ada yg bg alasan munasabah dan xkurang juga 'bachul'..

time ni kitorg dh agak bijak bermain..dh membesar laaa adik2 ni hahaha...xsemestinya main kena kasar baru menang...kena ade awek sokong baru menang...rasenya kebanyakkan dari kami dh betulkan niat..main sebab nak main laa..ada plak nk awek tgk!! ade yg kata main sebab nk harumkan nama sekolah..ade juga kate main sebab nk sihatkan badan(ni satu lg lawak)...












Tuesday, April 22, 2008

BAbi ,membabi... =D "Ada Apa Dengan BAbi?"

 Assalamualikum wbt...

Oh lame xade entry..ade membe siap kate aku hangat2 taik ayam..well,mayb laa aku hangat2 macam ni...time orang sibuk berblog aku pon nak juga...ada benar kata kawan aku yang sorang ini...bila orang slow down aku pun slow sama..bukan slow tapi terus sepi tanpa sebarang entry terbaru..Jawapan aku macam ini laa untuk 'cover' balik.. "Bro,aku xde idea laa"atau barangkali yang terkeluar dari mulut aku "aku xsuka nak tulis sket2 mcm sesetengah orang,kalo nak aku buat panjang laa or at least aku buat biar blog aku ini terdiri dari beberapa perenggan".....ini antara jawapan yang aku bagi kat member2ku yang suka berblog atau pun bagi mereka yang hobinya membaca blog2..kekadang teringat kata2 member aku ini   "manusia suke dipuji biarpun xbetul,tetapi xsuka dikeji walaupun betul" ini kalo xsilap aku dia petik dari Ustaz Ismail Kamus..bukan la aku nk kata member2 keji aku sebab aku xberblog cuma petikan ni memang benar dan kena juga batang hidung aku .jawapan yang mudah dan sangat tepat ialah aku malas sket kebelakangan ini... =D

cukup dengan mukadimah aku..ingin aku masuk 'title' yang agak menarik dan hangat diperkatakan lagi2 di bumi malaysia bertuah...babi lagi...Haih barangkali makhluk Allah SWT ini ditakdirkan menjadi 2 tajuk pertama aku sejak mula berblog..

malas 'nk kona sana sini..gostan laa pecuu kaa apakaa' aku straight ke pendapat aku yang xseberapa...mungkin juga mengundang persoalan atau pun pertikaian dikalangan pembaca.
  1. aku rase xsalah untuk buat satu kandang besar lagi moden yang mampu recycle najis2 or sisa yang berpunca dari babi.Itupun bergantung kepada keperluan!!!.
  2. aku juga berpendapat, xmanis menghalang orang bukan Islam dari terus menternak babi,kerana ini memang makanan mereka.lagi2 kalau mereka menternak untuk keperluan mereka.
  3. selain itu,aku berpendapat orang melayu terlampau 'emosional' dalam memikirkan isu ini(pun aku tujukan kepada diri ini)
  4. Walaupun dalam Islam melarang penganutnya memakan daging babi,tidak bererti pemerintah mesti mengharamkan ia dari diternak oleh golongan bukan Islam.

Ini pun aku fikir2kan juga dengan situasi aku dalam blog aku yang pertama, memang aku 'emo' bila groupmate makan 'natang' itu.Tapi aku sedar yang aku xboleh nak 'emo' sangat dengan dia sebab itulah makanan dia.barangkali itu makanan kegemaran dia seperti aku suka makan ayam.jadi bertitik tolak dari sini aku salah juga  bila 'emo' bila dia makan 'natang' itu.

tp dalam pada masa yang sama,aku berpendapat aku berhak untuk 'emo' bila dia xmenjaga sensitiviti aku yang ketika itu berpuasa...sungguh aku berhak untuk 'emo' cuma...cuma bila fikir dari sudut yang lebih positif,ini semua dugaan..dugaan yang sangat kecil yang cuma aku sahaja yang 'terlebih over??' atau aku yang 'membabi buta' nak over??

mungkin orang melayu sangat sensitif...mungkin jua xnak kalah(bagus sikap ni,cuma pastikan ianya bertempat) ..atau melayu ini mudah shaja nak ikut orang..orang sokong kita sokong
..kami sokong!! sokong apa?..xtaulaa ?
malu memang memalukan..sikap ini pun masih menebal dalam diri aku..walhal aku nak jadi orang ISLAM lebih dari nak jadi orang MELAYU..